Friday, February 28, 2014

{Mode}: Rindu blog

Salam,

Rindu nak kongsi idea organize dalam ni.

Rindu nak spill out idea and run wild with words dalam ni. 

Rindu nak update organizing idea and life stories dalam ni.

But currently,

I have lots lots lots of works need to be done.

Review paper.

Another publication paper.

Abstract for conferences.

Experiments and sub-experiment.

and it need to be done before am taking ten days vacation on April {oh cant wait hehe} and I will share on how to organize or pack stuff for vacation {we opt for road trip so its gonna be a long list esp with the kids}

Okay, till then 

Tuesday, February 18, 2014

{Repurpose Idea}: Kek tak jadi

Salam,

Pernah tak buat kek, pastu kek tak berapa jadi. Kek tak naik, kek keras atau terleka jap pastu kek slightly burnt. Selalunya apa hampa buat? Takkan nak buang, makanla jugak sambil-meleleh-air-mata-kan hehe okay a bit drama disitu. Frust sebab kek tak jadi? Fret not, harini aye nak share pasal repurpose idea untuk kek yang tak menjadi ni. Ada banyak idea sebenarnya macamana nak reuse kek yang tak jadi ni. Salah satunya tukarkan kek tu ke pop cake. Sekarang quite popular this pop cake {ala2 pop candy}, tambahan pulak ramai suka especially kids. Okay what do we need to transform the cake from zero to hero aceh (^.^)



1) The zero cake - kek yang tak jadi {cake a bit hard, *ehem* I meant to do that (-.-")}



2) Pop cake decorating kit 

OR

Kalau takdak kit ni just guna bahan2 seperti gambar kat bawah ni:



** choc bar tu akan dicairkan, sprinkles sebagai hiasan, and candy sticks untuk cucuk pop cake tu nanti {guna lidi sate pun boleh}



3) Philadelphia cream cheese

Cara-cara:


1- Crumble the cake and mix with cream cheese {mix until boleh kepal2}
2- Kepal2 adunan macam buat meatball
3- Cucuk candy sticks {tips: dip sedikit choc cair dan cucuk} dan masukkan ke dalam fridge selama 10 minit
4- Celup ke dalam choc cair dan hiaskan dengan sprinkles.


HASILNYA...



Selamat mencuba!

Saturday, February 8, 2014

{Random thought}: Berhias diri di rumah

Salam,

Sekarang jam hampir pukul 4.35 petang waktu Kanada. Masih di lab menghabiskan sisa2 kerja. Kalau kat rumah memang tak jadi apa, dengan budak kecik jantung hati dua orang tu, kena layan setiap masa. Nak cerita pasal malam semalam {ke kelmarin eh takpala hentam jala}, aye bangun pukul 5 pagi sebab nak bangun sembahyang Isya' sebab tertidur {kat sini Subuh masuk pukul 6.15pagi}. Keletihan melayan Amru yang cranky sepanjang malam. Asyik nak 'melekat' dengan aye. Penat. Masuk bilik air, pastu tengok diri sendiri di cermin. MasyaAllah serabut dan kusutnya. Dengan rambut dan baju yang kusut. Bersihkan diri, sembahyang Isya'. Tak sempat nak sambung sembahyang malam. Amru merengek lagi. Kali ini dengan kakak nya join nangis. Serabut. Aye tidurkan diorang tapi tiba2 mata ni terkebil2 dan otak ligat berdialog dalaman. "Aku kat rumah ni serabut ja manjang, sepatutnya perlu berhias cantik2 untuk suami tapi dengan keadaan anak2, dengan study, diri sendiri tak sempat jaga. Sedih tengok diri sendiri. Harap2 suami tak kisahla"

Siapa ada masalah yang sama macam aye? Angkat tangan. Uihhh ramai hehe..  

Bukan apa, aye terfikir, kenapa wujudnya stigma masyarakat {uih ayat sopestikated gitu} yang mengatakan isteri kat rumah bukan main serabut tapi kalau keluar kemain cantik, patutnya kenala berhias untuk suami di rumah etc.. etc..etc.. Ya memang betul, aye tak nafikan memang dekat rumahla {I mean dekat suami} kita dapat kutip pahala banyak2. Tapi janganla harapkan penampilan si isteri ni macam model setiap masa {tapi takdala buruk setiap masa}. Dapat pakai baju kelawar dengan bedak {baby} pun dah untung tahu (^^)

Kadang2, baru nak mandi, anak pulak poo poo, siapa orang pertama akan angkat anak pergi bersihkan? Mandi baru 2 minit, anak menjerit nak makan {walaupun dia tahu ayahnya ada}. Mandi laju2, sabun pun sekadar perlu, nak shampoo tunggu hujung minggu. Baju, ambik yang mana dan {sempat}. Color blocking kat rumah, selalu dah. Kadang2 tak sedar terambik baju suami haha Bedak pun pakai anak punya {cuba jugak tu nak berhias ,p}. Siap. Sediakan makan minum. Anak senang hati kita apatah lagi. Buat aktiviti dengan anak. Selesaikan kerja2 rumah, kerja sekolah. Sedar tak sedar dah malam. Tambah2 dengan organize junkie macam aye ni, pantang nampak rumah berserabut, mulala hati pun cepat serabut haha Keadaan akan menjadi parah lagi kalau ada assignment nak kena hantar atau ada deadline kerja, bertambah kusut dan serabut tu. Jadi, bila masanya nak berhias? Jeng.. jeng..jeng..

Kalau nak keluar jalan ke mana2 pulak, masa nila isteri2 ada SEDIKIT masa nak siapkan diri {tapi selalunya semuanya buat laju2 la kan}. Yelah takkan nak keluar 'ter'pakai baju suami, baju kelawar? Kan dah tak tutup aurat tu. Perlula pakai pakaian yang sesuai, menutup aurat sudah semestinya. Keluar tu pakaila bedak {baby} lebih sikit je. Letakla secalit lip gloss/lipstik {yang dah tinggal separuh sebab anak main conteng rumah haisshhh}. Pakai tudung tutup rambut yang kusut tu. Mungkin dah nampak cantik SIKIT ja dari duduk kat rumah kan. Sebab tula suami nampak isterinya LAIN sikit berbanding kat rumah. 

Alasan. 

Sebenarnya maksud aye disini. Kadang2 atau selalunya ibu2 ni tak sempat nak berhias. Bukan dia tak mahu. Memang aye tak nafikan ada ja isteri/ibu yang pandai curi masa nak berhias untuk suami. Ada. Well done untuk depa. Tapi mungkin situasi dia tak sama dengan kita {I mean yang tak sempat berhias ni}. Mungkin anaknya senang diurus, beza dengan anak yang agak cranky. Mungkin suaminya ringan tulang bantu kerja rumah, mungkin ada yang sebaliknya. 

Kesimpulannya, don't judge people.. don't judge.. Setiap orang adalah unik dan punya masalah dan situasi yang berbeza {even our thumb is unique okay, eh tetiba genetic pulak}. Janganla ringan mulut kata suami si toot.. toot cari lain sebab tak pandai berhias la etc. Mungkin si isteri tu dah cuba yang terbaik tapi manusia kan tak pernah sempurna. Sebab tu dalam Islam sendiri dah mengingatkan yang backbiting is haram! Ingat ya.. Semua ni adalah random thought aye. Takda kena mengena dengan sesiapa melainkan diri sendiri. Sesiapa in the same boat, sepp sikit (^_____________ ^)

** bila dalam sehari kita berhias special sikitla kan, mesti suami akan kata nak keluar pergi mana pulak ni? Eh berhias untuk dia pun tak boleh beza dah hehehe macam macam.. 

Wednesday, February 5, 2014

{Organizing Project}: Memaksimumkan penggunaan ruang dapur yang kecil

Salam,

Sejak dua menjak ni rajin pulak update blog kan. Maklumla tengah bersemangat ni. (^^) {harap2 bertahanla}. Hari sabtu yang lepas, memang tak dapat keluar kemana2. Flurries turun semalaman sampai ~10-15cm. Susah nak commute kemana2 bila salji dah menebal ni. Kalau nak keluar kena shovel parking kereta dulula, kena siapkan anak2 pakaikan winter coat etc.. Jadinya sepagi aye godak2 kemas dapur yang berselerak dan tak tersusun tu. Untuk pengetahuan semua, dapur aye ni kecik ja. Tapi mencukupi untuk kami sekeluarga. Sebab ruang yang ada sekarang ni memang kecil, jadinya aye terpaksa memaksimumkan penggunaan setiap ruang yang ada. Jadinya kerja2 menyusun adalah seperti berikut {ayat buku betul ,p}



1. Keluarkan barang2 yang ada dalam KC.
2. Stok2 dari KC aye longgokkan atas meja, senang nak menyusun dan asing2kan ikut kategori
3. Dah kosong KC, bersihkan dengan kain basah.
4. Susun setiap barang ikut kategori.

Begitula yang aye buat untuk setiap KC yang ada kat dapur ni. In total adala dalam 4 unit KC ja {atas dan bawah}. Kecil ja. Sebab tu aye kena maksimumkan setiap ruang yang ada. Sebelum ni main campak2 ja huhu {sebab tu susah nak cari barang}. Secara keseluruhannya, inila 4 unit KC yang aye ada:

KC Bahagian Atas



KC Bahagian Bawah






Disebabkan KC unit yang tak banyak ni, aye pening kepala pikir macamana nak letakkan dan susun barang2 ikut kategori. Sebelum ni memang main campak2 ja. Kadang2 bila nak membeli dan nak buat stock, tak dapat check barang2 tu dah ada ka belum, sebab tu aye keraskan hati nak susun ikut kategori, lagipun senang sikit nak check barang2 yang dah habis kan. Walaupun takdala sekemas dan tersusun sangat, tapi bagi aye ini dah buat aye senang hati.. hehe Next project is labeling dan susun dalam drawer yang berterabur tu. Sebelum tu jom kita tengok sebelum dan selepas kerja2 penyusunan ni dibuat. 




Okay, till then peeps

Saturday, February 1, 2014

{Tips}: Handy Vacuum

Salam

Amani will turn 4 this March {How time flies phewww}. Peringkat umur dia sekarang ni mmg sangat suka explore new things, banyak 'why' questions and more independent which is good {Amani is fully potty since June last year.. hurraayy to mommy and bye bye diapers}. Bila dah banyak benda dia nak tahu dan nak explore sekarang ni, so mmg banyakla aktiviti yang banyak membuat mess kat rumah kan i.e cutting paper to tiny little pieces, bake cupcake ehem I mean beat the eggs, flour and sugar je, and the rest semua ibu diala yang settlekan.. including the mess ( _ _"). Nak selit sikit parenting tips, please dont handicap your child, let em explore and do new things, so put the child-wanna-explore-mess as one of your cleaning list..

Kalau dah tiap2 hari buat aktivity cutting papers nak buat craft every-dayyy memang la tak mampu saya ni nak menahan sabarkan nak kutip little tiny pieces of her mess tambah2 atas karpet phewww..


Tension tengak the mess argghhh



As a solution I use this handy vacuum cleaner,  dia habis ja dengan kerja buat mess ni, terus saya ziiinnggg .. hermmm baru puas hati. Kalau vacuum besar tu memang malas sikit nak guna sebab setakat satu tempat ni ja yang mess. Guna hand vacuum ni, cepat ja dia sedut. Hehe



seeee... nothing left.. hehe
Bagi saya, kita kena ada handy vacuum ni, bukan apa senang nak bersihkan tiny weeny pieces. Nak sapu memang susah sikit sebab benda kecik2 ni susah nak keluar. For me, this is such a great helper terutamanya nak bersihkan benda2 kecil ni. 

Till then peeps

Friday, January 31, 2014

{DIY Project}: Wall deco

Salam

Dekat wall rumah kami skarang ni memang agak kosong, just ada 2 frame gambar yang kecik cenonet and 1 frame lukisan {our dear friend's art}. Tadi sambil borak2 dengan hubby, tiba2 dapat satu idea nak deko dekat wall kami yang kosong tu, nak memeriahkan wall la kononya. Pastu pikir2 takkan nak letak gambar ja, so pikir2 rumah kami ni takda pun kalimah2 suci. Rumah kurang berseri tanpa kalimah suci ni kan. So I decided to put kalimah ALLAH dan Muhammad s.a.w in the frame. Sebenarnya kita tengok pun dah dapat pahala tau. Kadang2 kalau kita tak tenang atau pun stress2, bila tengok kalimah ni boleh buat kita tenang balik, tambahan with two todds selalula naik angin kan, kurang2 ada kalimah suci ni can makes me calm down.{nampak sangat suka nau marah2 kan (_ _")}.








Dah beli lama dah frame ni, I think around august or september last year. Beli masa black friday rasanya. It cost me only $3 per frame. At that time, pikir nak letak gambar la kan. But then,....















........... taaaaraaaaaa...............



In the making

Simple je
 Khat tu semua google je and chevrone tu pun sama. Bolehla kan. lagipun tujuan utama nak serikan rumah dengan kalimah suci ni. 

Okay, till then peeps.


Wednesday, January 29, 2014

Organizing project, bila mau start?

Salam

Nak mulakan sesuatu mmg cukup susahkan. Dengan bebanan study, uruskan anak2 dengan ayahnya sekali mmg perlukan satu komitmen. Tambah sekarang ni cuaca yang maha sejuk kat Kanada ni, dengan polar vortex yang mencecah -30 deg, malas oo nak buat apa2. Alasan. Sebab hari ni research aye berjalan seperti yang dirancangkan, nak rileks layan dan betul2 mula untuk organize rumah {sewa} yang sangat cute tu. Tapi nak mula dari mana? Dapur? Living hall? Play area? Bilik? Toilet? My other half pun dah mula bising and perli2, "bila nak start organize la bla..bla..bla" haaa kan dah termalu sendiri, dulu kemain semangat, satu minggu satu project... ni apapun tak jalan lagi. 

Dalam banyak2 bahagian rumah tu, yang paling 'bermasalah' adalah dapur dengan dining area sebab berkecah sangat. Dah tahap nak cari barang pun tak jumpa. Haa camana tu. I really adore kitchen area that are organized with cutie labeled stuff but what is super duper important is 'easy' to find things. Tak la aye ni kalut setiap kali nak masak dan mem-bake. Its time consuming to find those stuff if it's not properly organized. 

So, I decided to start doing "A Week, A Project". Sungguh, tengah semangat ni nak organize rumah. Walaupun takdela pandai dan kreatif. As a first kick start I will focus on kitchen and dining area. Banyak yang perlu digubal {dah macam undang2 pulak}. 

I will update about all this project later. Sapa2 yang nak join mehla. Boleh kita bertukar pendapat. Insyaallah kalau ada banyak masa, rezeki dan diizinkan ALLAH, I want to organize GA contest. But this will be my next next next plan hehe.

Till then peeps, keep on updating,









Wednesday, January 22, 2014

Further your study to Waterloo

Salam,

Niat asal mmg nak tutup ja blog ni, kunun kunun nak buatla organizing bagai tapi sumpah tak sempat. Rumah macam tu jugak hehe tambah-tambah kitew baru jew balik dari Malaysia kan.. Oh how I miss Malaysia! 7 minggu lagi.. =) Baru seminggu la balik ni. Drastic change from 30 to -30deg y'all. hrmm memang badan ni tak tahanla kan. Minggu ni dijangkakan, we will experience vortex of deep cold weather. Tadi aye datang ke sekolah dengan -17 deg, tak taula real feel macamana kan, dah le kite ni nunggu bas, bas pulak datang lambat, beku oi! Mungkin sebab tu tak ramai yang nak sambung belaja sini aceh baru mukadimah sama dengan post title. 

Actually, ramai ja yang sambung belaja kat Kanada ni tapi mungkin ramai yang tak 'blog' about it. But in my place, Waterloo, mmg tak ramai. We have 2 Malaysian families, and a few undergrad and postgrad students. Kalau jumpa tu balik2 muka yang sama ja, sebab tu kami kat sini kalau jumpa ala2 melayu mmg akan  jadi jakun dan excited, haha.. Kat tempat lain as Toronto, Ottawa mmg ramai la Malaysian. So if you want to further your study or happen to be at Waterloo, do contact me at FB (Yazmin Bustami). Acewah dah macam lantik diri sendiri jadi ketua persatuan student Malaysia Waterloo pulak. Bukan apa bolehla kami tolong apa2 yang patut. 

Okay, till then, nanti nak update pasal balik malaysia pulak. Erm organizing project, insyallah will start very soon
.