Friday, January 7, 2011

Bersabarla wahai teman...

Lama dah tak bebel2 pasal hal2 yang boleh memotivasikan diri dan nasihat2 ni kan. Kebetulan tgh tunggu En. Hubby ni bolehla  sembang2 santai petang.. Dalam keadaan cuaca yang suam2 kuku ni mmg sedap ah layan hal2 feeling meeling ni, teringat perbualan i dgn one of my ex-roomate masa sama2 study dulu. masa bulan 10 aritu, i jumpak dia dan dia cuba meluahkan masalah dia kat i.. ni la lbh kurang conversation kami...

teman: baru skarang saya paham perasaan awak camana min, kalau dulu saya yang halang awak sekarang hal ni jadi pulak kat saya, saya buntula min camana saya nak buat ni...

saya   : awak tgk saya skarang camana? (sambil tukar lampin anak...)

teman: saya tgk awak bahagia sangat min

saya   : dulu saya pun macam awak jugak, ragu2, sedih tapi saya kuatkan semangat dan banyakkan   berdoa, mohon kat ALLAH bagi petunjuk dan dipermudahkan segalanya, alhamdulillah saya rasa saya pilih jalan yang betul. kita kena kuat, jgn banyak dengar cakap orang... (ayat2 motivator cabuk..hehe)

teman : betol2..  insyallah saya akan ikut nasihat awak..

Perbualan kami terputus sbbnya.. Amani ngamoks.. isk.. I rasa ramai org  mengalami masalah yang sama, cerita yang sama dan isu ni bukanla isu baru sebenarnya.. Kisah jodoh tak SEKUFU.. Jadi sebgai kaunselor yang tak bertauliah I nak share nasihat2 yang berguna based on my own experience.. Apa tu sekufu? senang cerita pasal kasim selamat la ni... kisah dua darjat... kisah pasal yg perempuan kerja N41 yang lelaki kerja N17... tak paham lagi?  cerita pasal level wanita tinggi dari lelaki... yang perempuan ada ijazah/master/phd pelbagai tapi yang lelakinya ada spm/diploma ja. TAPI adakah kelayakan2, kelulusan, profesional career ni yang menjadi pengukur samada kita layak atau tak kawen dengan lelaki yang levelnya lebih rendah dari kita? Sudah tentu tak.. Bagi i kayu pengukur utama adalah IMAN...

Mmg diakui zaman skarang ni, ramai wanita masuk Univ berbanding leaki, ramai yang cerdik2, ramai yag bersemangat tinggi nak sambung hingga ke peringkat yang tertinggi.. Tapi bila melibatkan hal2 jodoh, janganlah kita meletakkan ego yang tinggi juga.. Ya, orang akan memuji kalau dapat jodoh yang sepadan, ramai yang akan kata "wah macam pinang dibelah duala, sama2 pandai", "elokla tu doktor sama doktor, mmg sesuwai sangat" tapi bila dapat yang sebaliknya, orang akan mengeji, mengata yang bukan2. mmg adat dunia macam tu...

Berbalik kepada persoalan asal, kenapa mesti nak malu/ avoid / dihalang bila dapat pemilik tulang rusuk kita yang gajinya tak sehebat gaji kita?  Tak high class? malu kat jiran2, sedara mara, kwn2? takut si dia kikis harta kita? pendapat tak sama sbb berbeda education level?

Bukanka kita yang nak kawen? nak hidup bersama si dia sampai forever pun kita? nak bahagia hingga ke hujung langit pun kita? jadi kenapa harus nak meletakkan shield antara kita dengan si dia yang seamat pasti akan terus memberikan kebahagiaan tanpa jemu kepada kita? Memang benar pendapat orang lain penting untuk kita jadikan panduan untuk hadapi situasi mcm ni tapi jangan biarkan pendapat mereka menjadi dominan. Boleh mendengar tapi perlu filter dulu sebelum kita benar2 terima pendapat mereka.. I guarantee 95% akan kata "tak payahla, cari orang lainla", 4% akan kata "ikut suka u la, u yang nak kawen", dan hanya 1% saja yang akan setuju.... Jadi yang mana satu yang kita perlu dengar and terima, hanya kepadaNYA kita mampu minta dan mohon petunjuk, buatla semayang istikharah banyak2, hanya pendapatNYA lah yang perlu kita dengar masa ni..

Mungkin ada yang akan kata "habis nak kawen sbb cinta kan, nak bayar bil blah blah blah guna cinta jugak ka? terjamin ka nak bersama dengan orang yang camtu, nanti dok harap duit kita pulak patutnya dia yang bagi nafkah kat kita" Mmg i agak setuju dengan pertanyaan tu, tapi dalam sesebuah perkahwinan perlu ada give and take. Kalau kita dah tau suami tak mampu buat apa nak kaburkan mata nak mintak itu ini, nak bermewah2. Bagi i cukupla sekadar yang sedang2 saja, bersederhana kan lebih baik selaras dengan kemampuan suami. Yang mana tak cukup kita tolong tambah.. Kan bahagia camtu, janganla ego sampai "duit u duit i tapi duit i duit i je" . Kalau yang tak mampu nak mengharungi hidup saling bekerjasama ni, i nasihatkan better korang pikir banyak kali... takut tak tahan ja..

Lagipun kita tak pasti dengan masa depan kita.. kita tak bisa nak meramal apatah lagi nak menghakimi apa yang bakal berlaku dalam hidup kita nanti.. Sbb tula jangan menilai seseorang melalui kelayakan, kekayaan, education level dia... tapi selami dan selidikila imannya dulu.. Kalau iman dan ketaatan pada Maha ESA menjadi tunjang utama si dia, nah.. buat apa kita berlengah lagi.. zaman skarang cukup susah mencari seorang suami berkualiti sebegini.. harus lagi ka kelayakan pelajaran? bagi i cukup sekadar kelayakan untuk membimbing kita ke arah yang betol untuk kehidupan yang hakiki kelak.. dunia ni tempat persinggahan ja.. jangan kita dikaburi dengan nikmat keduniaan takut kelak merana diri..

 i bercakap begini bukanla sbb memandai nak bagi pendapat tapi its really happen in my life.. bukan i suka suki nak sokong dan nak lontarkan pendapat. i jadikan kehidupan i skarang sebagai reference dalam entri ni.. jadi terpulangla kepada setiap individu nak terima atau nak tolak pendapat i yang tak bertauliah ni.. bagi i ini adala pendapat yang ikhlas lahir dari hati untuk membantu meringankan beban otak para gadis yang dalam dilema menghadapi situasi sebegini.. Yang paling penting be strong dan kentalkan semangat menghadapi dugaan hidup yang mendatang.. Moga kebahagiaan senantiasa bersama kalian.. Aminn  

No comments:

Post a Comment