Monday, October 25, 2010

IELTS test!

Skarang dah 12.20am... mata tak ngantok lagi.. so suka suki ber'facebook' and blogwalking.. anak dah titon, ayahnye pun sama.. kata nak nengok bola tapi last2 bola yang tgk dia hehehe arghhh test IELTS minggu depan still tak buat any revision.. I need to score at least band 6.5 and above.. 2 years ago dah amik test ni kunun2 masa tu katanya nak wat master kat luar.. tapi oleh sbb keadaan ekonomi yang tak mantap menyebabkan terpaksa buat kat usm je.. sbb dah melebihi tempoh terpaksa re-test lagi.. test yang lepas dapat 6.5.. harap2 kali ni biarla tinggi dari test yang lepas.. sbb ape kena score tinggi? sbb bayarannye yang MAHAL.. total sum = rm 700 huhu mmgla orang kata kalau nak belajar takleh berkira duit tapi kalau dapat band rendah terpksa ulang lg.. huhu test ni mcm MUET jugak.. tapi lagi susah sbb accent yang digunakan tu.. yang kita biasa dgr and cakap normally originated frm US tapi ni Britain/Aussie.. ala2 mr.bean gitu.. huhu riso part listening.. takut ape yang dgr tak sama dgn yang ditulis.. huhu lagi bertambah riso part speaking.. haila YAzmin riso2 tapi tak buat revision.. erm so for this 2 weeks nampaknye kena stop skejap aktiviti meng'update' blog ni.. kena focus on IELTS test... rasa2 sesapa yang rajin folow this blog terpaksa rindu2an kejap ye.. hehehe  oh sebelum terlupe tolong doakan saya ye.. moga2 takpayah re-test la... AMIN 

Saturday, October 23, 2010

hai Cobaan...

harini mmg betol2 memberi banyak pengalaman dan mencabar keimanan me as a mother.. Fuhhh.. benarla kata orang pengorbanan ibu bapa mmg tak ternilai harganya.. sebagai ibu baru, mmg tak banyak skill and pengetahuan dalam hal2 nak uruskan anak esp baby.. nasib baik ada mak yang banyak bagi tunjuk ajar.. sebelum ni amani dah seminggu selsema+ batuk tapi dia takdala buat perangai sangat tapi semalam, around 3am dia bangun and tak berenti2 'menyanyi' huhu.. bermula dari itu, berganti2la me and my hubby dukung amani.. tapi dia still meragam dan 'menyanyi' sampaila ke subuh.. mungkin sbb penat dia terlelap sekejap pastu sambung balik.. kesian kat my baby... masa tu rasa nak nangis ja tgk dia camtu.. kalaula boleh di'transfer'kan sakit dia tu kat ibu.. sebenarnya dia sakit perut sbb tak boleh nak 'beyak'.. dah 2 hari dia tak dapat nak 'beyak' huhu kita pun kalau sembelit pun sakit yang amat sangat inikan pula si kecik ni.. huhuhu so, awal2 pagi lepas subuh.. kami pun terus bwk amani ke klinik 24h.. pastu sebaik aja masuk dalam kereta.. terus senyap hehehe siap boleh ajak ayahnye main stereng lagi.. hehehe hai anak ibu ni berlakon ka? sampai tak dapat tido ibu tau.. dah sampai kat klinik pun mcm tak sakit ja.. dr bagi ubat yang cocok kat 'montot'.. dahla kena buat sendiri haishh bolehke ibu buat ni? blk rumah ja.. terus siap sedia nak cocok ubat tu.. mcm mini operation gakla ni.. mmg i nervous sgt.. pastu bila dia dah sedia, ayah dah pgg tgn and kaki dia.. pastu cottt.. i cocok ubat tu dalam montot dia.. nangis la jugak si amani.. pastu dalam few sec ter'keluarla' ketulan2 stool yang degil takmo keluar...  alhamdulillah.. pastu dia dah ok.. main2 ngan cousin dia.. pengalaman harini mmg mendewasakan i as a mother.. lepas ni dah boleh tau nak buat pe kalau jadi lagi kes2 camni cewahh.. mmg pengalaman yang tak boleh dilupakan.. pasni kena monitor kekerapan dia 'beyak' sbb mmg bahaya.. dr ada advice katanya kalau dia makan pastu muntah, tak kentut langsung kena cpt2 bwk g hospital sbb mgkin usus dia dah tersumbat.. huh dengar pun dah takut nasib baikla amani takda simptom2 camtu.. dia makan selera ja.. kentut pun ok.. cuma tak 'beyak' ja.. apapun its an experience.. mcmana nak handle anak kalau hadapi kes2 camni.. yang penting kena banyak BERSABAR...

Thursday, October 21, 2010

Bahagia seorang ibu

walaupun ditimpa mcm2 dugaan, sakit gastrik teruk, sakit gigi, selsema, application pending dan mcm2 hal lagi.. tapi bila my lil angel, Siti Khadijah Amani dah pandai panggil me ma-ma.. terus semua kekusutan, kesakitan hilang.. kalau i hilang ja dari pandangan mata dia, terus dok tercari2, sambil nangis sambil sebut "ma-ma-ma-ma".. bahagianya rasa.. indah sangat perasaan ni.. tak tau nak describe camana.. dia pun dah pandai nak manjat2 and nak berdiri.... tak terasa penat jaga si kecik ni bila tgk karenah dia yang sambil main sambil bercakap.. bercakap bahasa diala.. dia je yang paham ... benarla kata orang anak pengubat segala masalah, dia beri kita ketenangan dan penyeri rumah tangga.. Ya ALLAH, ku memanjatkan kesyukuran kepadaMU kerana dianugerahkan anak yang menambahkan kebahagiaan dalam rumah tangga ku ini.. amin ya rabal alamin..

Tuesday, October 19, 2010

Barang Kesayangan hamba

waktu tunggu hubby ambik ptg tadi.. tiba2 terpandang kat brg2 'kesayangan' hamba ni.. yang selalu dibwa ke mana2 hehehe jom kita terjah apakah barang2 itu.. 

1) selipar jepang aka selipar jalan2 kemana aja

selipar ni dibeli masa awal2 ngandung dulu.. sbb kaki masatu dah besau, tak muat and takleh pakai2 yang ada heel sbb sakit kaki maa.. yerp i know.. i shud get rid of it.. hehehe but i just can't.. wpun dah de sandal baru tetap akan tersarung jugak selipar ni.. sebbnya comfy wear this selipar.. tapi rasa2nya kena buang dah kot sebb dah nazak dah ropenya kan huhu..



2) telepon NOKIA 3315

hehehe... rasanya dah susah sangat nak jumpak orang pakai this phone kan.. dah buleh masuk muzium dah pun.. unikla.. kalau orang lain phone ringging mcm2 muzik kita leh dengar tapi mine still setia pada polytone.. dulu kira dah hebatla tapi jaman sekarang ni kira masuk dalam senarai retro dah.. kdg2 i notice few ppls akan toleh kalau my phone ringging.. hehehe mungkin dalam hati derang kata "isk ada lagi orang pakai tepon ni" tapi tak kesahla kan.. coz its practical for me as i use phone untk calling, sms, and use few application dalam tu ja.. selagi si NOKIA ni masih ber'nyawa' jgn harapla nak tukar hphone baru ye..

3) backpack lappie..

lama dah pakai backpack ni sampai koyak pun sanggup jahitla ni.. its a gift from my mak.. kampeni TM yang kasik.. selesa and tebal jugak this beg.. dah bawak meronda merata dengan beg ni.. nak tukar? erm maybe not.. tunggula sampai dah disfunction betoi2 kot baru nak tukar.. selagi boleh digunakan kita guna.. buatpe nak tukar.. membazirla..

4) purse AVON

 
ini hadiah istimewa dari sang kekasih yang kini dah jadi my husband.. birthday gift masa cintan cintun dulu la.. so mmg TAK AKAN DIBUANG.. memori banyak ni.. still elok cuma dah terkoyak kat bahagian bawah tu.. tapi takpa tak mencacatkan kegunaan purse ni pun.. still elok dan ada banyak compartment.. rope tak penting kan .. yang penting isi kat dalam tu leh disimpan ke tak.. and for sure this will be my love memoir..


* so apa pendapat anda tentang saya? bukan saya selekeh atau kedekut tetapi me have a principle - guna sehabis2nya.. selagi elok dan boleh diguna jangan membazir.. kadang2 kita tak sedar barang2 yang dah lapuk n dah buruk nila yang banyak berjasa kat kita.. so kena hargai setiap brg and momen berharga dengan barang2 yang ada ni.. begitu jugak dalam life kita.. jangan lupa kepada mereka yang banyak berjasa dalam hidup kita.. sentiasala hargai dan berterima kasih kepada mereka... thank you mak.. terima kasih ayah..  




still.. Long journey to go..

petang2 camni tiba2 teringat pepatah lama ni..

'jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak'

pandai betol orang2 lama mereka bait2 kata yang indah and kreatif macamni.. baru skarang i hargai apa yang diorang maksudkan ini.. bcoz its the truth of mylife.. still.. its a long journey to go.. kena tabah and hadapi semua dugaan and cabaran dengan senyuman..

mcm2 hal

its been a while tak dapat update blog ni.. 2-3 wks yang lepas quite bz plus anak plak demam.. huhu mmg la takleh kemana.. dah 'glued' kat ibunye and she's being clingy.. dengan ayahnye pun tak mau.. terpaksala si ibu ni membawa je ke mana aja.. so untuk entri kali ni kita layan gambar jelah..


* gambar2 ni was taken during trip ke pjaya haritu..

gambar2 kat bawah ni pulak aksi2 si manja Siti Khadijah Amani .. wpun demam aktifnya semacam je.. hehehe





* jangan tiru gaya di atas... aksi2 nak angkat montot dan berdiri.. dah pandai nak climb her ibu, kerusi,meja.. kena monitor this lil angel 24-7.. sekarang dia mmg pandai nak memanjat2 nak berdiri without assisting bahaya betol! si kecik ni tak ikut flow.. merangkak dulu baru duduk and berdiri.. me as a mother need to assist her and monitor her.. takutla sebab dia tak pandai imbang badan lagi sbb tu asyik terjatuh ja.. huhu walau apapun i am happy she grows very well.. huhu tak percaya dah 7 bulan this lil angel.. mcm baru semalam je bersalin.. hopefully dia akan membesat dengan sihat dan dijauhkan segala penyakit yang merbahaya.. AMIN

Friday, October 8, 2010

badan pun perlu rehat..

badan rasa sengal2, penat, lotih.. aishh kanpe pegi keje jem, balik keje jem aishh... berulang alik dari sp-penang hanya makan masa dalam ~45 min kalau tak jem terukla.. kalau jem teruk maunya tersangkut kat dalam keta ~2jam.. huhuhu tersangatla letih.. nasib bekla ada hubby bolehla bersembang2 gak.. kdg2 kesian  jgk kat dia, drive dalam keadaan jem mmgla sgt meletihkan.. jadi masa ni la  belaian seorang isteri diperlukan.. ada hikmahnya jugak jem ni.. dapat bermanja2an dalam kete hehehe...sambil2 picit and urut badan hubby kami bersembang2..

"ayah, pasni ibu nak pegi spa la.. pegi mengurut.. badan rasa tak sedapla... tapi ayah  jangan pegi umah urut lak.. mai ibu je urut ayah hehehe... "

" boleh ja kalau nak pi tapi jangan amalkan selalu.. nanti badan jadi manja.. asyik nak kena ngurut ja.. hrmm teringatla satu kisah....."

pastu hubby pun mula bercerita tentang satu kisah ni.. tentang kisah Abu Dharda' dan Salman Al- Farisi. Mereka telah disaudarakan oleh Rasulullah s.a.w... pada satu hari Salman Al- Farisi berkunjung ke rumah Abu Dharda' dan berlaku beberapa peristiwa:

Peristiwa 1:
Apabila Salman Al- Farisi berkunjung ke  rumah Abu Dharda', dia mendapati isteri Abu Dharda' ni berada dalam keadaan yang kusut masai.. sedangkan isteri sahabat2 Rasulullah s.a.w yang lain kalau ada di rumah mereka akan berhias dan berdandan cantik2 untuk suami msg2...maka bertanyala Salman Al- Farisi ini kepada isteri Abu Dharda' kenapa dia tak berhias dan berdandan cantik2 untuk  suaminya.. maka isteri Abu Dharda' ni pun menjawab " suamiku sangat kuat mengerjakan ibadat sunat.... jadi apalah gunanya aku berhias dan berdandan cantik2 jika suamiku tak pandang pun ke arahku.. "

Peristiwa 2:
Sedang Salman Al-Farisi ini mendengar keluhan isteri Abu Dharda', pulanglah Abu Dharda' dari masjid sambil membawa makanan.. kemudian Abu Dharda' ni pun menghidangkan makanan kepada saudaranya itu sebagai tanda meraikan tetamu.. tapi apabila Salman Al-Farisi mengajak Abu Dharda' makan bersama2, Abu Dharda' menolak pelawaan dan berkata "sesungguhnya aku sedang berpuasa" ...
 
Peristiwa 3
Pada malam itu, Salman Al-Farisi menumpang tidur di rumah Abu Dharda'... Tepat jam 2 pagi, Abu Dharda' sudah bangun dan bersiap sedia untuk bersembahyang malam.. tapi Salman Al- Farisi menegur saudaranya itu dan menyuruh dia tidur kembali dan berkata " badan kamu pun memerlukan rehat"...
 
pada pukul 4 pagi, Salman Al-Farisi dan Abu Dharda' sama2 mengerjakan sembahyang sunat malam kemudian tazkirah pertama yang diberikan oleh Salman Al-Farisi pada pagi itu adalah berdasarkan peristiwa2 yang berlaku di rumah Abu Dharda'... Beliau menasihati saudaranya itu supaya sentiasa ingat ibadat yang terbaik adalah ibadat yang dilakukan sedikit tapi berterusan.. sesungguhnya badan pun perlukan rehat dan jangan lupa apa yang dipertanggungjawabkan kepd kita.. contohnya tanggungjawab terhadap isteri tidak boleh diabaikan.. (dipetik dari ceramah yang didengar oleh my hubby)
 
jadi apa motifnya this story... hehehe saja nak bagitau yang badan kita ni perlukan rehat jugak and nakla berkongsi cerita yang boleh dijadikan pedoman untuk kita.. nak buat apa2 pun kenala ada batasannya.. bayangkan kita guna bdan kita ni 24-7 untuk buat mcm2 aktiviti.. jadi skali skala, our body need a break.. dia dah berkerja keras untuk kita jadi sekali skala kenala manjakan dia..  antara tips nak restkan badan...
 
1) tido kena cukup dan berkualiti
2) urut2 manje - kalau suami tu biarlah isteri yang urutkan selain dapat hilangkan letih dpat mengeratkan hubungan kan..
3)  detoxify- boleh guna banyak method (pakai pelekat ka, makan suplemen ka, minum herbal drink, makan ulam2ulaman).. its proven yang bila waste/toxic yang banyak dalam badan kita dikeluarkan, bdn akan jadik segar and sihat..  
4)take a holiday/ vacation




bestnya dapat rest camni hehehe














Wednesday, October 6, 2010

syukur alhamdulillah

alhamdulillah diberikan kesembuhan dan kesihatan semula.. 2 hari yang lepas i was so sick.. got gastric.. dah lama dah tak dapat gastric.. masa mengandung dulu kalau silap makan ja, mmg akan dapat gastric yang teruk.. rasa sebu macam menikam2 kat urat perut ni adusss sakitnya ALLAH ja yang tahu.. terguling2 gakla.. hari isnin terpaksa amik half day sbb dah tak tahan sgt.. pastu kemarin still rasa sakit lagi sampai terpaksa cucuk ubat muntah and angin.. alhamdulillah selepas dah makan ubat and rest secukupnya.. baru lega.. kalau tak makan ja muntah.. harini dah dapat datang bekerja and dapatla attend fermentor training.. dapat 2 berita gumbira harini.. alhamdulillah..  Mr Shaman which is our trainer untuk fermentor training belanja KFC.. hehehe dapat makan free harini.. satu lagi adalah berita yang paling ditunggu2.. alhamdulillah.. Sesungguhnya ALLAH itu maha adil DIA berikan kita kesakitan tapi kemudian diberikan kita kegembiraan.. apapun ku bersyukur kepadaMU kerana diberikan segala kenikmatan ini.. iaitu nikmat kesakitan dan nikmat kegembiraan.. ALHAMDULILLAH...

Friday, October 1, 2010

maKAn nasik MinyAk

hujung2 tahun mcm ni mmg ramai benor yang nak mendirikan masjid maklumla dekat2 cuti skolah.. tahniah kepada kawan2, sedara mara moga kalian berbahagia sehingga akhir hayat hendaknya dan cepat2 dikurniakan cahaya mata.. bertambah2 ceria dan berseri rumah tangga korang nanti.. sbb banyak sangat jemputan dan i cuba untuk memenuhi semua undangan.. insyaallah...terpaksa buat satu list spy xter'miss' plak kenduri rumah diorang nanti..

9/10/10
-Ifah & Firdaus Dasuki (kelantan)
-Im & Pali (kelantan)

6/11/10
- dayah & pasangan (kuala nerang, kedah)
- adilla & pasangan (pendang, kedah)

13/11/10
- nazeerah & pasangan (penang)

21/11/10
- Pali & Im  (perak)

27/11/10
- Firdaus Dasuki & Ifah (kuala nerang, kedah)

18/12/10
- bayah & pasangan (penang)


p/s: jemputan baru akan di'update' lagi kemudian..

SELAMAT PENGANTIN BARU!!! pak puk pak puk =)