Thursday, September 30, 2010

DUNIA dalam genggaman AKHIRAT sentiasa di hati

dah tengahari.. perut pun dah mula rasa kriuk kriuk.. astaghfirullah sabar2..  sambil2 tunggu waktu zohor masuk teringat sembang2 between me and  hubby masa otw balik kerja dari penang ke sp.. dia ada explain to me tentang sifat zuhud iaitu DUNIA dalam genggaman AKHIRAT sentiasa di hati. bila i 'google' this topic, terbaca pasal sifat2 zuhud.

Zuhud bererti menjadikan hati agar tidak terlalu tertarik dengan kehidupan Duniawi. Menurut Imam   Al Ghozali zuhud adalah memalingkan diri dari kehidupan Dunia, dan tertuju kepada Allah SWT. Sdangkan menurut Ibnu Taimiyah, Zuhud adalah ‘meninggalkan apa yang tidak bermanfaat, demi kehidupan Akhirat’. Atau mengatur kadar kecintaan kita terhadap kehidupan Dunia, agar dapat menjadikan Akhirat sebagai tujuan hidup utama.

hebatnya jika kita dapat tanamkan sifat zuhud ni dalam diri kita.. tapi malangnya zaman ini kita lebih mementingkan duniawi berbanding akhirat.. hubby ada ceritakan tentang kisah yang berlaku pada zaman Hasan Al-Bana. secara ringkasnya terdapat 2 orang adik beradik, si adik seorang yang zuhud dan ada kekayaan yang melimpah ruah, istana yang tersegam indah, manakala si abang iaitu seorang ahli ibadat tapi miskin dan hanya mempunyai satu cerek yang digunakan untuk kegunaan beliau memasak, minum dan mengambil wuduk.. si adik tidak peduli dengan kekayaan yang dia miliki dan lebih mementingkan kecintaannya kepada ALLAH dan menunjukkan sifat zuhudnya manakala si abg sangat sayangkan satu2nya cerek yang dia ada tu.. si adik mendapat darjat yang tinggi berbanding si abang seorang ahli ibadat kerana sedikit kecintaannya kepada dunia.. untuk version yang sepenuhnya better tanya yang lebih mengetahui sbb my hubby pun sembang2 secara santai ja..
Bila difikirkan balik, bayangkan kalau kereta rosak atau calar sikit pun kita dah susah hati, macamna nak tanamkan sifat zuhud kalau camtu? hp, laptop rosak, barang kena curi, duit hilang.. tak senang duduk dah... hmmm wpun tak dpat nak tanamkan sifat zuhud sepenuhnya, i think kita kena berusaha ke arah tu.. mudah-mudahan kita dapat menggegam dunia tapi akhirat sentiasa dalam hati kita..  bak kata bidalan

"dunia dikelek, akhirat dijunjung"

8 to go!

harini saya berpuasa.. niat berpuasa ganti dan sunat erm TAPI banyak pendapat pasal hal ni.. ada yang kata kena habiskan puasa ganti dulu baru boleh buat puasa 6.. ada yang kata leh niat sekali.. hai mcm2.. tapi bila i asked my hubby (maklumla dia pun ustaz jugak) bout this matter, simple je dia kata..

"syg niat ja dua2, terima atau tak bukan urusan kita, kalau diterima kan bagus dapat pahala puasa 6.. kalau tak pun takpala dapat ganti puasa, islam itu  mudah"

betol jugak kata my hubby.. jadik i niat ja dua2.. yang penting dapat ganti puasa yang tertinggal masa bulan puasa yang lepas n dalam masa yang sama berpuasa 6.. Dr. Ahmad Hassan menerangkan dalam blognya pasal kelebihan berpuasa 6 ni antaranya:

Nabi saw telah menyatakan kepada umatnya tentang kelebihan puasa enam Syawal dan mendorong mereka dengan menggunakan teknik galakan supaya melaksanakan puasa 6 hari ini..sabda nabi saw:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)
 
Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

Ibn Rejab menukilkan dari Ibn Mubarak katanya: Bagi yang berpuasa 6 Syawal secara berkesinambungan selepas puasa Ramadhan, maka dia wajib memperolehi pahala puasa sepanjang tahun.

(petikan dari http://msmonline.net/ )

Besar ganjarannya kan tapi tak taula sempat ke tak sbb tinggal mg depan ja ni.. khamis mg lepas dah berpuasa sehari pastu bila hubby ajak berpuasa isnin ngan selasa yang lepas terlepas sahur pulak.. aiyaa mmg skarang ni kalau tak shr tak dptla berpuasa.. kanpe  my perut skarang tak boleh tahan lapar, kalau tak sahur mula jadi menggeletar satu bdn n rasa nak muntah, loya.. sblm ni ok ja even masa pregnant ritu pun ok tapi after deliver jadik tak boleh tahan lapar.. huhu jadik hrp2 hari ni boleh habiskan puasa tanpa rasa nak muntah atau pun loya.. aminnn

Wednesday, September 29, 2010

HaRApan?

 kita sentiasa diberikan harapan.. tapi perlukah kita percaya sepenuhnya  pada harapan?? setelah banyak kali dikecewakan, arghhh!!!  kdg2 mmg tak nak dan enggan percaya tapi kenapa hati ni tetap menaruh tinggi pada harapan..  haila hati, haila jantung, haila limpa.. buang jauh2 harapan tu (tapi masih berharap harapan tu akan menjadi kenyataan ).. tapi yang pasti hanya berserah padaNYA sesungguhnya ALLAH adalah sebaik2 perancang.. redha dengan ketentuanNYA.. tiba2 teringat lagu harapan dari fazli zainal hehehe kita layan sikit bait2 lagu ni..


Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa
Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan
Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpik
u



banyyakan berdoa pasti harapan yang indah akan menjelma









eXerCISing

Fuhh, dah lama rasanya tak berjalan naik bukit.. hehe harini saja2 jln kaki bfast kat bakti which located atas bukit.. so kenala climb sikit.. rasa bdn amatt segar. rasanya kena buat rutin harian.. bdn pun mkn mengembang and i need to keep in shape.. (typical women kan.. hehehe).. kenapa tiba2 nak excercise? sebb i check my BMI kat website National Heart Lung and Blood Institute (http://www.nhlbisupport.com/bmi/bmi-m.htm...) wahhh dah overweight (BMI-28) !!!!pastu bila bc risk2 dia sangat2 menakutkan.. i NEED TO LOSE WEIGHT!!

Risk Factors for Diseases and Conditions Associated With Obesity

Along with being overweight or obese, the following conditions will put you at greater risk for heart disease and other conditions:
Risk Factors
  • High blood pressure (hypertension)
  • High LDL cholesterol ("bad" cholesterol)
  • Low HDL cholesterol ("good" cholesterol)
  • High triglycerides
  • High blood glucose (sugar)
  • Family history of premature heart disease
  • Physical inactivity
  • Cigarette smoking
For people who are considered obese (BMI greater than or equal to 30) or those who are overweight (BMI of 25 to 29.9) and have two or more risk factors, it is recommended that you lose weight. Even a small weight loss (between 5 and 10 percent of your current weight) will help lower your risk of developing diseases associated with obesity. People who are overweight, do not have a high waist measurement, and have fewer than two risk factors may need to prevent further weight gain rather than lose weight.
The good news is even a small weight loss (between 5 and 10 percent of your current weight) will help lower your risk of developing those diseases







Tuesday, September 28, 2010

Resipi Oreo Cheesecake

Masa raya yang lepas banyak betol permintaan suruh sy bake cheesecake.. depa dah jatoh cinta ngan my cake hehe.. and this recipe pun dedicated to one of my frens yang nak belajar buat cheesecake.. tak ingat dari mana i copy this recipe tapi mmg menjadila.. so enjoy and try it at home k!

Bahan-bahan ( 18cm )
  • 250g cream cheese
  • 200g sour cream/plain yogurt
  • 30g butter
  • *40g gula halus
  • *20g susu pekat manis
  • *20g madu
  • 2 biji telur kuning
  • 1 biji telur
  • 100ml fresh cream
  • 50ml fresh milk
  • 25g corn starch
  • 1/2 biji lemon jus
  • 1/2 biji kulit lemon
  • 10 titik vanila oil

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik.
  2. Letak cookies padat-padat ke dalam loyang.(untuk cookies gantikan dengan oreo ja cepat and pantas)
  3. Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk cream. Masukkan bahan yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.
  4. Masukkan sour cream. Mix sampai sebati.
  5. Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.
  6. Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.
  7. Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama 60 minit. Biarkan sejuk di dalam loyang. Tak perlu test dgn lidi sebab cheesecake memang lembik.. akan keras sendiri bila dah sejuk.
  8. Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.
Cara untuk buat base 
          
     1. Hancurkan oreo (satu paket besar) dan masukkan butter (masukkan sikit2) yang telah dicairkan ke dalam biskut oreo yang telah hancur.
     2. pastikan adunan tersebut dapat dikepal dan masukkan padat2 dalam loyang
     3. bakar adunan ini selama 10min.
      


nila lbh kurang cheesecake tu (ni first time buat sbb tu tak lawa sangat hehe).. sebagai hiasan bhagian atas layered dengan blueberry sedap rasanya!

Beefy Desired cheesy craving

baru lepas menapak balik dr McD Sg Dua.. huh penat gak berjalan pegi and balik lbh kurang ~2km tapi apapun at least good for me sbb nak cover balik makan Triple cheeseburger which need me to jog ~1hr untuk eliminate the calories.. (kalau tak salahla sbb ritu tgk the biggestloser asia dia ckp camtu).. ok tamau citer bab diet.. dah lama sebenarnya teringin Triple cheeseburger ni as my fav is always double cheeseburger, nak compare la kunun.. erm taste not bad tapi tooo kenyang la.. rasa2 baik double cheeseburger lagi.. dia ada extra layer of beef and cheese which makes me rasa mcm takleh nak makan  banyak and muak hrmm no need TRImendous, i only need DUOlicious only.. that is my opinion la.. lain orang lain citarasa kan.. tu bab makanan tapi nak story pasal 4 kids yang makan kat situ tadi, isk mentang2la ayaq leh refill dp refill sungguh2 sampai bawak bekas air dari umah hahahaha gilo! patut asyik berulang refill ayaq rupanya masukkan dalam bekas air masing2.. i ushar staff kat situ macam takmau layan depa ja ehehhe tapi nak wat camana customer always rite.. terpaksala layan karenah bebudak ni.. until i finish my lunch pun depa tak habis2 dok refill lagi hahaha sudah2 la tu budak oi boleh bankrap McD kalau ada 10 orang mcm korang kikiki tapi apapun i respect to staff at McD Sg Dua, even depa tau pun leh senyum and layan ngan baik lagi tak macam sesetengah restoran yang layan lbh kurang je.. apapun tabik springggg to them ! Im Lovin It!





MAcm2 pengalaman

Ni bukanla my very first blog since blog yang lama dah sgt 'berkarat' tak leh nak bukak hehe since lupa lak password biasala lama sngt xupdate n too busy dgn life.. akhirnya ada kesempatan ni (wpun sbnrnya bakal busy tak lama lagi) harap2 this blog akan bertahan lama insyaallah..

Dah nak masuk penghujung 2010 pun, lagi semg dah oktober.. ya allah cepatnya masa berlalu, begitu pantas masa meninggalkan kita, sedar tak sedar anak pun bakal menjengah 7bulan.. alhamdulillah my sweetie membesar dgn sihat wpun kdg2 sakit demam, selesema biasala budak nak membesar.. masih teringat2 masa mengandung dulu.. mmg membesar bagai juara betoi.. bayangkanla naik berat bdan sampai 20kg sampaikan ada yang tak kenal (skarang pun takla turun sangat pun ,p).. perit jerih penat lelah masa mengandung adalah nikmatNYA yang tak terkira.. hanya ibu2 yang paham perasaan ni.. kepada bakal2 ibu sabar2 banyak2 ya.. Semua tu ujian dariNYA.. di bwh ni adala bbrp keping gambar masa time mengandung dulu..hehe besar kan, malu i!


 *masa ni kandungan dalam 6 bulan tapi perut besar mcm dah 8-9 bulan kan hehe
           
masa ni dah 9 bulan mcm mak buntal hehe

Kalau ikutkan due sepatutnya 26/3/2010 tapi atas ketentuanNYA waktu kandungan hampir 39mg air ketuban pecah awal pagi 16/3/2010 (dalam pukul 2-3pg camtula). Sbb ni my first time pregnancy apalagi kelam kabut gerak hubby pegi hosp sbb air mengalir macm air kencing yang tak leh ditahan.. masuk je labor room HSP, MD check 'jalan' dah bukak ke belum.. malangnya 'jalan' tak bukak lagi kenala stay ward.. masa tu mmg takleh tido asik pk bilala bb nak keluar.. esoknya, masih tak terasa sakit nak beranak wpun ada contraction, sebb lama sgt doc amik keputusan nak induce sbb air n darah dah banyak turun..
selepas induce 3x 'jalan' masih tak terbuka, buka dalam 1cm ja (kalau nak deliver kena buka at least 9cm) jadi doc suggest for cesarean ja sbb takut my baby lemas.. masa tu i was totally energyless sbb slps induce mmg skit sangat tapi after few hours sakit tu hilang.. mmg penat sangat sbb 3 x rasa macamtu.. ingatkan bb bolah keluar 16/3 sebulan lps my birthday tapi dr nak tunggu juga and nak induce 3rd time jadik terpksa cesar 17/3..
Before nak masuk OT mmg menakutkan.. (macam dalam tv tu) kena cucuk mcm2 ubt.. sampai naik kebas dah kena cucuk.. at 2.45pm ditolak ke OT, semua org pandang ja, masuk2 je OT rasa macam nak lari keluar ja, hehehe takut oooo, masa dalam tu sejukkkk sangaaaattt.. pastu kena inject ubat bius kat spine, coz i was half bius, boleh dgr nurse and doc tgh meng'operate' diri ini hehe after few min rasa perut ini ditekan2 and heared they saying "patutla mama kena operate, baby besar!" alhamdulillah at 3.10pm keluarla my bb weight 3.89kg.. rasa mcm nak mengalirkan air mata bila first time tgk my bb.. she was an angle! so pure, soft, beauty.. tapi my bb need extra care sbb air ketuban dah lama pecah dan dia dimasukkan ke ward lain (NICU) masa dah lepas operation, rasa sejuk yang amat sangaaatttt.. mintak hubby selimutkan dgn 3 pcs comforter tapi still rasa sejuk lagi, masa tu ubat bius dah makin hilang and sakit pun mula terasa, mlm tu tidur bertemankan kesakitan dan kelaparan sbb tak leh makan apa2 since dah berpuasa b4 operation.. huhu
esoknya sbb semangat nak tgk anak, berusaha jugak bgn wpun rasa skt.. nk berjalan dari katil ke wheel chair pun sangat perit terasa.. tapi bila nurse bagitau yang dah boleh bwk anak ke ward, rasa happy sgt.. malam tu was my first night with my bb.. tapi mlm tu bb asik nangis sbb takleh breast feed, susu tak keluar lagi jadi terpaksa seludup masuk susu formula, nasib baik my mom ada dia yang tlg tengokkan bb sbb i was really exhausted... esoknya bila nurse check, ada drh tinggi pulak mgkin sbb tak cukup tido sbb bb asik nangis.. after rest 2-3 hours dah stable balik and doc bagitau the best new, kami dah boleh balik.. yuhuuu (boring gila dok hosp)...  bermulalah kehidupan kami suami isteri sebagai ayah dan ibu.. kami namakan our bb Siti Khadijah Amani sempena nama isteri rasulullah.. moga2 dia akan mencontohi sifat2 isteri baginda iallah.. rasanya dah banyak pengalaman kan dalam coretan ni.. kita layan gambar la pulak





2nd day tgk dunia



muka masam tak cukup nonom susu




1mth asik tido je

lepas dibotakkan comey tak lagi? =)